PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 3

Entry percutian ke Medan terhenti pasal ai is sangat sibuk..huhu..yang ni last entry tentang Medan..yerla, kot ada nak refer sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. kannnnn :)

Malam terakhir di Medan, kitorang menginap di Hotel Madani..lebih kurang 3-4 bintang..antara hotel yg ada nama di Medan la..servis ok..hotel ok..dan yang paling best..Hotel ni berkonsep Islamik..hebat kan?ala-ala hotel yg ku stay masa pi jalan-jalan kat Kelantan beberapa bulan lepas..tapi yang tak bestnya..lift kat hotel ni..perlukan kad bilik memasing kalau nak bergerak..okeh macamni..katalah bilik ai 548, tingkat 5..nak naik tingkat 5..ai kene cucuk kad bilik i kat ruang yg disediakan dalam lift..kalau tak, lift tak bergerak..heheh..dan perlu minta bantuan bell boy kalau takde kad.. *depa will ask..nak pergi bilik siapa diatas...and ai seriously rasa depa nak kontrol kes call girl kot..muahaha..and one more thing, ai tak lena tidur di Hotel ni, pasal bunyi hon masih kedengaran sampai la ke Subuh..adehhh..

Seawal jam 9.00pg kami dah cek out, lepas breakfast kat hotel (makan ok la..sedap jugakla..) Pak roy dah tunggu kami jam 7.30pg lagi..cian Pak Roy, setia sungguh..hehe, kami dibawa ke Istana Maimon..kalau korang nak tau, Istana ni masih di huni kerabat-kerabat Sultan tau..malah Sultan dia pon ada balik (dia baru 7years tak silap..) tapi oleh kerana di sana Sultan dah takde kuasa..so mereka pon bekerja macam biasa..hidup macam orang biasa..tak macam kat Malaysia ni..semua nak ngaku kerabat :p
sampai kat Istana Maimon..ada sorang pakcik tetiba explain kat kami pasal Istana tu, pasal sejarah-sejarah sultan Medan..kami dengar je lah..ending, macam biasa..dia minta "sumbangan" ikhlas, hehe..kami bg la 10 ribu rupiah..hadoiii..

hari terakhir di Medan, selain ke Istana Maimon, sememangnya diperuntukkan untuk proses membeli belah..hehe.. Pak Roy bawa kami ke kedai menjual telekung, beberapa buah kedai lagi dan shopping complex "Matahari", ai and husband memang dah letak target kami datang ke Medan untuk enjoy the view..tengok negara orang..so, memang tak beli apa sangat la..kek "bika ambon" yang glamour tu pon kami order je dengan pak Roy malam tu..sebelum ke airport pok Roy singgah pickup kek kami..hahahah..punya la malas :p 
*exceli ai ada beli kasut sepasang kat Matahari..haha..kasut kulit dgn harga rm40/pair..tak ke murah!!!hahaha..

Lepas makan tengahari, kitorang terus gerak nak ke airport..dari Medan ke Kuala Namu Airport lebih kurang 1 jam 30 min..sampai airport kami tak risau apa, semua Pak Roy urus..sampai ke titisan peluh terkahir kata Pak Roy..haha, dia check in kan..dia check in lugage..urusan kastam dan sebagainya..sehingga kami masuk ke gate pelepasan..Thanks Pak Roy *ini saya bagi 5 bintang! *korang kene hati2 dengan semua jenis ulat2 beg kat sana..kami tak dibenar turun dari kenderaan dan bawa beg oleh Pak Roy selagi dia tak dtg bawa troli beg pada kami..sampai macamtu sekali..tapi tak ramai sangat la ulat tu, sebab airport baru..hihi

Pesan Pak Roy, kalau nak hand carry barang tu jgn terlampau banyak..nanti kene denda dek kastam sana(selain airport tax tu)..kami tak shopping sangat, so takde la byk barang..hihi..Sampai di Malaysia lebih kurang jam 7.00pm..terus nak carik makan pasal rindu makanan Malaysia..hahaha *dasar! tapi masa tunggu nak pickup beg, sempat la ai grab si Elizbeth Garden yg berharga RM100/ btl..huwaaa..tak ke murah..huhu..sampai kat Nilai, jumpa kedai makan..kami makan sampai tak hingat..balik Melaka, jumpa lagi kedai Makan..eh makan lagi..muahaha..

okeh korang..cukupla entry pasal Medan ni..kalau ada sesapa nak pergi Medan, boleh la contact Pak Roy(00628126567621), dia ada whats app u! senang nak contact.. hahah! kat sana, sape2 mintak tips..korang bagi la dalam 10 ribu @ 20 ribu rupiah je : cth bell boy hotel, tukang karut yg tetiba menyempi bagi penerangan yg takde keperluan :p ..tapi kalau tips untuk Supir, korang bagilah seikhlas hati..RM30 ke RM40 ke..RM50 ke.........ikut keihklasan...

sebelum ditamatkan entri ini..macam biasa..jom tengok gambar :)
hotel Madani
@ Istana Maimon

Little Bandung
:0
Kota Medan
Okies..Babai :)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PERCUTIAN KE MEDAN, DANAU TOBA, BARASTAGI - Day 3"

Post a Comment