assalamualaikum..holla kawan2, kemana korang sepanjang cuti sekolah ni?
kami sekeluarga ke Legoland, Nusajaya 04/12/2014 lepas..hahaha, unsangkarable la pi sana..memula dah tolak tiket promo kawan offer tu sebab tak dapat cuti..tapi sebab kesian sangat kat anak2, rela ku pi hadap bos minta cuti, nanti harap2 anak2 ibu baca ni bila besar..dan sanggup hadap bos bila ibu suruh cuti minta teman ibu pi klinik ke yer anak2......hahaha
Legoland memang one of dream themepark la untuk anak2 ni..bila bitau kami akan ke Legoland..mula la memasing counting date..hahaha, fenin aku nengoknya..
Perjalanan dari Melaka ke Legoland amik masa dalam 2jam setengah ke 3 jam bergantung pada kesesakan highway, aku bertolak dari Melaka seawal jam 9.30 pagi dan sampai kat Legoland jam 9.45pagi, korang boleh parking kat zone 1 @ 2 ye..aku parking dekat Madini je haritu..harga parking RM9 sekali masuk :)
Harga tiket korang boleh usya kat link dia kat atas..aku takleh nak share sebab aku dapat tiket promo dari seorang sahabat aku yg baik, cantik, manis (kehkehkeh..up lebih manatau buleh share promo lagi) tq shila #muahciked... Kawan aku dah siap2 redeemkan tiket awal2, aku dah bayar kat dia siap2 sebelum hari ke Legoland. Masa sampai tu hujan renyai yang lebat..kira boleh basah juga la kalau tak berpayung..tapi sebab tiket tak boleh ubah tarikh..maka kami redah masuk jugakla..untuk rekod (wah gitu) aku memang sedia bekal nuget, hotdog, sandwich sardin masuk dalam bagpack so kami tak belanja makan sangat dalam tu..korang jangan risau sangat ok, depa tak check bag..ahahaha, tapi jangan la melampau2 macam berkelah dalam tu..sebab memang ada polisi no outside food allowed kan..
Oleh kerana hujan, kitorang plan untuk habiskan semua indoorgame dulu..nanti korang tengok maps dalam website dia ok..budak kecik bawah 100cm atau bawah 4y banyak gak game takleh main..tapi anak aku aqil iman tetap enjoy..serious! dalam pukul 1.30 petang, hujan berhenti baru lah kitorang start main game outdoor..memang thumbs up la, anak2 enjoy sangat2..staff Legoland baik2, sentiasa bagi aku jawapan tepat dan sangat membantu..tapi ada gak game / ride yang tak sempat naik..so aku confirm akan repeat lagi pi Legoland ni.
antara yang aku nak share ;
1. Mesti masuk 4D cinema dia..ada 4movies..semua aku masuk..hahaha
2. Surau dan baby room selesa cuma tak banyak sangat..aku jumpa 2 buah je
3. bawa la air mineral lebih sikit..rasanya depa tak kisah sebab memang tak check bag..air kat dalam tu mahal amat..makanan pun mahal juga
4. aku suka pesan kalau pi theme park..korang alert dengan waktu2 persembahan pentas diorang..dalam Legoland ada 2 pentas, satu castle stage dan satu lagi aku tak ingat nama, dekat dengan boating school. berbaloi tiket tangok benda2 tu live kan.
Tapi aku sangat bersyukur la aku masuk dalam keadaan hujan pagi tu sebabnya bila hujan berhenti memang pengunjung takla ramai sangat..banyak ride yang anak2 aku boleh naik sampai 3-4 kali..hahaha..next time aku berazam nak stay kat hotel dia pulak..mesti best gila..ni pon budak2 dah hari2 tanya bila nak pergi lagi..aduhai..haha
0 Response to "LEGOLAND, NUSAJAYA JOHOR 2014"
Post a Comment