PISAH BILIK TIDUR DENGAN ALYA DAN AQIL - TIPS

assalamualaikum...

pejam celik pejam celik kan..anak2 aku dah besar rupanya, alya dah nak masuk darjah satu dan aqil masuk 4tahun next year..so aku dengan en.usben ambil kata sepakat untuk pisahkan mereka tidur dari bilik kami. *ayat betul kot?* memandangkan anak2 aku dah mula perhati perangai dan tingkah laku mak pak dia, nak tukar baju pun susah..dan yang paling penting.."aktiviti bebas" makin tersekat, kahkahkah..acane nak bagi diorang adik kan kalau asik disekat tersekat..kahkahkah..
ok..ok berbalik pada realiti *hehe* aku pun mula la survey2 cara dan tips untuk pisahkan anak tidu dibilik sendiri..alya sebelum ni memang tidur atas katil sendiri tetapi dalam bilik yang sama..cuma aqil tu tido memang bawah ketiak aku..sian sangatttt..huwaaaa..ibu terpaksa aqil, maafkan ibu..TAPI SEBELUM PISAHKAN BILIK..BUATLAH PENERANGAN DULU SEBAB2 DAN KENAPA KENE PISAH BILIK..KENE EXPLAIN BUKAN SEBAB TAK SAYANG..HEHE
okeh, ni antara benda yang aku buat la..step by step bebeh..budget bulan demi bulan..hehe

1. memandangkan anak aku masih agak kecil..aku masih satukan mereka dalam satu bilik..katil asing-asing, kebetulan aku memang prepare beli katil bujang (kayu kaler putih = rm199/unit siap tilam) - aku tanya anak2 aku nak letak katil kat belah mana dan ikut keselesaan diorang furniture dalam bilik tu *macam byk sangat perabot pulak* hahahaha!!

2. untuk pilih cadar untuk tilam, aku biar anak2 yang pilih..biasalah, diorang mesti nak yang Barbie lah, Spiderman lah..tapi aku pujuk2..aku cari juga yang kartun tapi ada promo, set comforter kartun dah diskon 70% kat JJ harga tinggal RM79.90 x 2set..sorang dapat corak pari-pari sorang corak pirate..oklahkannnn..

3. aku beli meja untuk diorang membaca atau buat homework *lah sangat* RM39.90, kerusi memang ada..aku guna yang tu je..hahaha..anak2 aku banyak buku bedtime story, so aku beli rak yang lekat kat dinding tu dan susun buku-buku kat kat situ, selebihnya aku susun je kat meja tu..

4. Untuk korang yang belum pernah belikan anak almari pakaian, boleh la beli yang kecil tu..anak-anak aku memang ada dari kecil..so aku jimat kat situ, dan aku belikan anak2 aku sorang satu cermin untuk berdandan..aqil jangan nak berdandan lebih2 ha! hehe..cermin colourfull yang harga rm19.90/pcs tu..gantung kat dinding..

5. Aku cadangkan korang tampal la apa2 kartun atau ikut kegemaran anak korang kat dinding bilik..macam aku, beli yang rm6.90 satu set tu je (beli kat Mr.DIY)..wall paper mahal..kahkahkah, ada juga cadangkan tampal wall decoration tu..ikut la kemampuan ye..

6. Yang ni paling penting..sebelum anak korang mula tidur dalam bilik diorang..pls make sure bilik sangat bersih..etc, en.usben aku kemas, vacum bersih2 sebelum masuk dan deco semua benda..kenapa bukan aku?aku allergic dengan habuk..biasa bab habuk mmg en.usben buat..hahaha

7. Aku pasang aircond dalam bilik anak2 aku..sebab aku rasa bersalah kalau tido dalam aircond dan anak aku tido dalam kipas..hehe, tapi aku paham..aircond bukan harga rm199 kan, so..kalau korang pasang kipas dalam bilik anak korang, korang pon guna kipas sudah dalam bilik korang..barulah adil dan saksama..bil elektrik pon mesra dompet kan..hihi

8. untuk minggu pertama anak2 aku mula tidur sendiri..aku teman diorang sehingga jam 3-4 pagi..anak aku yang kecik tu ada manja sikitla..asik cari ibu mana..ibu mana..haha..aku banyak juga beritahu tentang kekuasaan Allah dan tak perlu takut, Allah sentiasa jaga diorang, aku cakap ibu dah minta tolong Allah jagakan awak berdua..

9. Lampu tidur tu aku pasang kat bilik anak2, agak2 terang malap..sebab alya jenis tidur nak gelap..aqil nak cahaya..tapi memang sangat mebantu..

10. Akhir sekali..walaupun dah sebulan lebih anak aku tido asing bilik..ada masa diorang request juga nak tido dengan aku..jam 4pagi ketuk juga pintu bilik aku..tapi hati mesti keras ok..aku tak bagi diorang tidur bilik aku tapi aku teman diorang tidur dalam bilik diorang sampai pagi..sebab aku paham..mungkin bad dream kan..dan juga, aku masih lakukan aktiviti bersama diorang sebelum tidur..baca doa sama2, bed time story..sama macam masa diorang tidur sebilik dengan aku, beza cuma lepas selesai semua tu diorang tidur dan aku masuk bilik aku..

Alhamdulillah..aku berjaya dalam proses pisahkan bilik ni, dan anak2 pulak makin beradab bila nak masuk bilik aku, ketuk pintu or tanya dulu bila nak masuk..mumtaz aulad..hihi

so, buat korang yang nak cuba pisahkan bilik tidur anak2..cubalah..tak payah belanja besar2, yang penting cara korang sampaikan pada anak2 dan jangan putus asa, teman diorang dalam bilik mereka sampai mereka bersedia..korang boleh..chaiyokkkkk!

dan selepas proses itu berjaya, aku ucapkan..SELAMAT BERBULAN MADU..hahaha

ni bilik anak2 aku..simple kan..bahagian depan katil ada almari dan cermin untuk masing-masing..biar simple dan jimat asalkan objetif tercapai ok :)

babai


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PISAH BILIK TIDUR DENGAN ALYA DAN AQIL - TIPS"

Post a Comment