Hello Kitty Town & Little Big Club @ Puteri Harbour, JB
salam..lama betul tak masuk blog..sibuk betul..haha,ngalah bertanding PRU 13 plak..yerla..kan sekarang sana sini orang bercerita pasal PRU 13..semua sibuk berkempen..ai tak la berkempen pun..tapi setia pada yang satu..eh,eh..undi adalah rahsia ok :p
actually, last week ai kene pergi bengkel HRMIS di Hotel Sentral, Tg. Puteri JB..kerana terpaksa, kerana arahan dan tagline "berkhidmat untuk negara" ..kihkih..dah la sesat..heran betul apasal hotel boleh bertembung sama nama..kan ke boleh confius nak cari hotel..heran sampai sekarang tak hilang..2-2 nama Hotel Sentral JB & Sentral Hotel JB..nampak tak?nampak tak..sama nama.. (* okeh..tak habis isu ni aku pertikaikan kang..hehe)
Bengkel tu tamat hari jumaat..so,memandangkan dah masuk weekend..asben dengan baik hati dan rela nak datang pickup kat JB..dari Melaka datang pickup ai kat JB uolss..kerlasss..hehe..terus stay semalam lagi kat JB..terus jadi short weekend gateway gitu..hehe..alang2 dah sampai JB..kami pon plan la mana nak bawa anak2 berjalan menghabiskan duit sabtu tu..hahaha..memula ingat nak pi LEGOLAND..tapi setelah di timbang tara..atas sebab kekangan masa coz nak balik melaka sebelum maghrib untuk celebrate besday my mom..lagipun Legoland outdoor theme park..panas,berhujan..tak sesuai untuk anak bujang yg baru baik dari demam(alasan..padahal sayang duit sebab mahal sangat!)kami pon memilih ke HELLO KITTY TOWN & LITTLE BIG CLUB, Puteri Harbour, JB..indoor theme park yang sangat best..highly recomanded by me kalau sape2 nak pergi bawa anak2 bermain2,terutamanya gegirls..tempat yang selesa..beraircond,banyak aktiviti..mak pak pon syok..ride tak berapa banyak la..tapi ok la..berbaloi..meh ai bitau apa ada dalam 3 floor theme Park tu..
1st floor : kat first floor ada Hello Kitty Town..ada persembahan dari Hello Kitty and friends..ada rumah Hello Kitty(brg2 yg sgt cute!). make jewellery and costume (jewellery tu boleh amik sorang satu,pastu pakai baju hello kitty amik2 gambo), buat Hello Kitty cookies (actly biskut tu dah siap ada..budak2 tinggal hias2,kaler2 guna cekelat or strawberry jem saje,sedap giler..haha)..ada la sikit2 game kat dalam hello kitty tu..tapi my little girl sangat lah enjoy kat sini..
2nd & 3rd floor :The Little Big Club adalah Tempat berkumpulnya Maskot kartun yang lain..ada rumah "Barney", ada "Angelina Ballerina" dance studio, ada iglu Pingu, play ground "Bob The Builder".. ada pentas untuk show "Thomas and Friends sing a long" dan "Barney Beach Party" (kitorang miss show tu..adehhh..) korang pelik nape ai hafal suma kartun tu?haha..sama melayan kalau tgk tv dengan anak kat rumah :p
kat 3rd floor pulak banyak ride..sesuai untuk mak pak yang berniat nak join memain dengan anak2..ala2 mini indoor theme park kat Genting Highland tu..dapat?hehe..ada gak playground berasaskan tema "Thomas and Friends"..enjoy jugak la bila dapat naik train si Thomas tu walau pon kat bahagian gerabak pasir..rela sebab nak bagi anak naik kat kepala keretapi tu..hehe..
harga tiket pulak..kalau korang nak masuk Hello Kitty Town(1st Floor) shj..cuma bayar rm55/head..
kalau nak masuk 2nd&3rd floor shj (The Little Big Club) pun harga rm55/head juga..
dan kalau tamak nak masuk semuanya sekali Hello Kitty Town & The Little Big Club harga tiket adalah rm85/head * semua harga adalah untuk pemegang my Kad ye..yg bukan warganegara harga lain * depa memang minta i/c masa nak beli tiket..
btw, ai masuk semua park la sebab nak bagi adil antara Alya dan Aqil kan..takkan nak masuk Hello Kitty Town je..hehe..padahal memula siap2 berkira nak masuk 1 theme park je,kedekut sungguh dak ibu ni :p
ok..mari tengok gambar sikit-sikit,lama-lama jadi bukit..hehe
masa buat jewellery.. |
Angelina Ballerina dance class |
tips : korang kene alert dengan masa-masa persembahan dari kartun2 ni..baru lah tiket tu berbaloi2..hihi..
nota kaki : gambar sikit sebab asben tak bawa kamera masa datang JB,amik gambar pakai tab je..frust!!hohoho..
babai :)
0 Response to "Hello Kitty Town & Little Big Club @ Puteri Harbour, JB"
Post a Comment