Percutian Ke Kg. Salang, Pulau Tioman (2)

hollaa..heheh..mari sambung cerita percutian ke Pulau Tioman..hope ni entry last untuk cerita ni..busy nak buat benda lain..hahah.. (sori anak2..ibu malas nak update blog -_-')
okeh..bila dah sampai ke Salang Beach Resort..rasanya,okeh2 sahaja..keperluan basic semua ada..tapi takda tivi,radio..atau pun water heater..huhu,nasibla pekerja depa sangat2 rajin membantu since kami bawa my grandmom kan..it's ok la..kata pon nak rileks kan..anak2 dok tgk HI-5 kat dalam tab en.asben, lucky dia ada d/load untuk 2jam tontonan..hehe..bagi kami yang dewasa..menikmati pemandangan indah Pulau Tioman dengan angin sepoi bahasa disamping melihat sunset...sudah cukup menghiburkan (okeh bahasa :p)

kedai makan kat Kg. Salang, Pulau Tioman mudah nak dapat..ada sepanjang jalan..sedap tak sedap je..mahal tak mahal je..hahah..sebagai peringatan, *makan kat pulau tioman agak mahal ye* muahaha..nasi goreng cina depa caj rm7-rm8..ayaq tembikai rm5, mee hoon rm7..lebih kurang gitu la..huhu *kami tak amik pakej makan di chalet sebab owner chinese dan depa serve arak open sgt* tapi kalau nak makan sedap,atau more option..korang pergilah makan kat area jeti Kg. Salang tu..banyak kedai..ada barbeque dan macam2 lagi..ada satu restoran highly recomended namanya ~Salang Sayang Restaurant~ anak kepada Salang Sayang Resort..makan kat situ sedap dan harga berpatutan..kami makan untuk 7 dewasa 3 kanak2 kena dalam rm80++ sahaja..murah la sebab dah kena rm100+ +sebelum tu..hahaha..oh ye nak bitau gak..pantai yang paling best nak mandi kat Kg. salang, Pulau Tioman ni pon terletak bebetul depan Salang Sayang Resort ni..nak mandi tgh malam pon bleh..air surut pon cantik je..huhu..kami pi mandi kat sini la..jauh berjalan tu semata nak mandi pantai cantik :p tapi kat sini mmg riuh sikit..banyak bar tepi pantai dan banyakkkkk mat saleh..huhu..

masa mandi-manda, asben dgn my adik ipar sewa kayak..kami juga sewa set untuk snorkeling..kami takda pi buat jalan2 pulau pon..kesian kat my grandmom takut nak naik bot..lagipon anak2 kata nak mandi pantai saja..snorkel kat tepi2 pantai ja..seriously, masih nampak terumbu karang dan ikan2 di sekitar tu okeh..tak rugi pon!..hehe..harga nak pi jalan2 pulau tu depa caj dalam rm70-rm100..tak payah risau..banyakkkk gerai yg tawarkan khidmat tu sepanjang perjalanan..kat chalet pon ada punya..sila sedia duit sahaja..duit..duit..duit..fuhhh *lap dahi*

masa balik..kami pilih amik return speedboat jam 3.30 ptg..ternyata silap langkah..haha..oleh kerana air surut,bot tak dapat naik..bot sampai kat jeti Salang dalam jam 5.00ptg!!!berpeluh menunggu..huhu..nasibla dihiburkan oleh ikan2 warna warni yang berenang sekitar jeti tu..oleh kerana jeti Salang adalah 1st station bila return,kami dapat duduk belakang sekali *LEGA* sebab kurang mabok berbanding duduk depan bot..sampai di jeti Mersing dalam jam 7.00malam!!!memang lari dari bajet masa la..huhu..tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar..sempat gak beli souvenir kat RnR jeti Mersing tu..murah sikit dari kedai souvenir kat Pulau..huhu..Kami sampai Melaka dalam jam 1.20 am sebab siap singgah makan bagai..haha..

Begitulah adanya percutian singkat kami yang ramai..hehe..indah..sangat damai..yang seronok,sy bebetul menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa, memang terus target nak pergi bercuti ke Pulau lagi nanti..maybe nak ke Pulau Redang pulak..insyaAllah..

masa yang ditunggu-tunggu..mari tengok gambar..muahaha

 muka tak sabar nak mandi..
makan kat tepi Jeti
ni lah pantai yang bebetul depan Salang Sayang Resort tu..
pengantin basi..hahaha












my beautiful family.. :)


babai..

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Percutian Ke Kg. Salang, Pulau Tioman (2)"

Post a Comment